Showing posts with label Novel Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Novel Sejarah. Show all posts

Monday, November 23, 2015

Buku : Syeikh Ahmad Yassin


Beliau adalah seorang legenda, tidak kira sewaktu hidupnya ataupun selepas permergiannya. Bayangkan seorang lelaki tua, dengan janggut panjang dan jubah putih, lumpuh pula serta berada di atas kerusi roda.

 Tetapi lelaki yang nampak begitu lemah inilah, yang cukup ditakuti Israel, sebuah negara dengan ketenteraan antara tercanggih di dunia.

Sebab itu beliau adalah legenda. Dengan menggunakan kaedah penceritaan, pembaca menjadi lebih dekat dengan beliau. Dengan wujudnya dialog, cerita tadi pula menjadi lebih hidup dan beremosi.

Sejarah hidup beliau bukan sekadar fakta kering, tetapi sebuah kisah. Yang membawa pelbagai rasa dan kesan, sama ada kepada minda mahupun hati.

Novel sejarah Syeikh Ahmad Yassincuba menelusuri kisah-kisah yang akhirnya membentuk satu persona, nama, yang kita kenali dan dengar pada hari ini. Tentunya kisah tokoh Palestin ini tidak akan mampu berpisah dengan kisah perjuangan rakyatnya.

Dalam novel ini, kita membaca kisah pengusiran penduduk Palestin. Juga kisah penyembelihan beramai-ramai manusia di Sabra dan Shatila. Juga kisah taktik-taktik keji Mossad, unit rahsia Israel dalam melaksanakan agenda mereka.

Novel ini bukan sahaja membantu kita mengenali seorang tokoh besar, saudara jauh kita. Bahkan novel ini sama ada secara sedar ataupun secara halus, menanam rasa cinta. Kepada perjuangan mempertahankan keadilan. Kepada manusia yang dinafikan haknya.

RM 24

Saturday, November 14, 2015

Novel Sejarah : Ikramah Penentang jadi Pembela


Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-192-068-8
ISBN-10: 983-192-068-6
Tarikh Terbit: 1 Jan 1970
Jumlah Muka Surat : 250
Berat (kg): 0.30
************************
Penulis : Abdul Latip bin Talib
Novel Ikramah-Penentang Jadi Pembela menceritakan kisah Ikramah, anak kepada Abu Jahal. Beliau lahir daripada keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil lagi, beliau dididik untuk menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang. Dia bersama ayahnya Abu Jahal sangat benci kepada Islam dan turut menyertai peperangan menentang Nabi Muhammad. Ikramah termasuk salah seorang panglima perang pasukan Quraisy yang handal dan gagah berani serta banyak pengalaman. Akhirnya dia menjadi pahlawan Islam yang gagah berani dan gugur syahid dalam Perang Yarmuk.
RM 22.90

Novel Sejarah : Tariq Menang Ataupun Syahid



Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-192-057-2
ISBN-10: 983-192-057-0
Tarikh Terbit: 18 Mar 2007
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (kg): 0.30
*************************
Penulis : Abdul Latip bin Talib
Novel Tariq-Menang ataupun Syahid yang ditulis dalam bentuk kreatif ini menceritakan sifat kepahlawanan seorang lagi pahlawan Islam yang pada asalnya hanya seorang hamba. Disebabkan memiliki sifat-sifat yang terpuji,dia dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12,000 tentera Islam ke Sepanyol. Tariq menganggap kedatangan mereka ke Sepanyol hanya untuk syahid ataupun mengalahkan musuh. Disebabkan itulah dia sanggup membakar kapal perang yang mereka naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang. 'Di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid.' Kata-kata keramat Tariq berjaya meniupkan kembali semangat jihad di kalangan tentera Islam.
RM 23.90

Novel Sejarah : Khalid Memburu Syahid



Penulis : Abdul Latip bin Talib
ISBN-13: 978-983-192-056-5
ISBN-10: 983-192-056-2
Tarikh Terbit: 1 Jan 1970
Jumlah Muka Surat : 400
Berat (KG): 0.30
Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.
RM 32.90