Showing posts with label Buku Agama. Show all posts
Showing posts with label Buku Agama. Show all posts

Tuesday, July 23, 2019

Buku Suratan Buat Iblis




Iblis adalah jeneral atau panglima besar dari semua kejahatan dan perilaku buruk yang dilakukan manusia. Ia sudah hadir di dunia ini sejak zaman Nabi Adam lagi dan akan tetap hidup sampai hari kiamat. Ia mengerahkan pasukannya yang terdiri atas bala tentera syaitan dari golongan jin dan manusia untuk menyebar bencana dan kemaksiatan di muka bumi. 

Iblis memiliki dendam turun temurun terhadap anak cucu Adam. Dalam Al-Quran banyak sekali peringatan Allah SWT agar kita jangan mendengar dan mengikuti bisikan syaitan yang selalu muncul di dalam hati dan fikiran. Iblis dan syaitan hanya mengajak dan mendorong manusia untuk mengerjakan pekerjaan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT. 

Supaya tidak mudah tertipu dan termakan pujuk rayu iblis dan syaitan, Allah SWT memerintahkan orang yang beriman supaya selalu berlindung pada-Nya dari tipu daya dan pujuk rayu makhluk yang menyesatkan itu.

Harga : RM 26.90

Berminat?
WhatsApp saya dengan klik link ini : 


http://www.wasap.my/60199515058

Tuesday, November 24, 2015

Buku : Formula Solat Sempurna



==================
Tarikh Di Pasaran : April 2008
Kod Produk : TBBK 1048A
ISBN : 978-983-3494-98-9
Saiz : 4 cm x 21 cm
Muka Surat : 216
Berat: 0.29 kg
====================
Sinopsis
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.
Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.
RM 28

Buku : Berubat Dengan Solat


Berubat Dengan Solat

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-41-9
Tarikh Terbit: 30 Jul 2009
Jumlah Muka Surat : 152
Berat (kg): 0.21
“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Surah al-Baqarah : ayat 153).
“Berdiri dan solatlah kerana di dalam solat ada ubat.” (Hadis Imam Ahmad)
Fakta ilmiah ini menjadi titik persoalan kajian kepada buku ini. Adakah benar solat terbukti sebagai terapi menurut kajian zaman ini? Adakah benar solat boleh menjadi ubat kepada penyakit? Bagaimana terapi solat dilihat daripada kaca mata ahli perubatan?

Kesihatan yang baik sama ada jasmani ataupun rohani adalah impian setiap individu. Ramai yang rela mengorbankan harta dan wang ringgit semata-mata bagi mendapatkan kesihatan yang baik. Kesihatan dapat diperoleh daripada aktiviti bersenam, mengamalkan gizi seimbang dan mengikuti nasihat doktor. Namun, sedarkah kita, solat juga dapat menjadi ubat bagi penyakit fizikal dan mental.
Buku ini memaparkan pelbagai manfaat solat terutamanya daripada aspek kesihatan jasmani mahupun rohani. Kelebihan solat sebagai penawar bermula dari wuduk hingga salam. Di dalamnya terkandung 1001 rahsia terapi pelbagai penyakit jasmani mahupun rohani.

Pendahuluan
Bab 1 Sakit Menurut Pandangan Islam
Penyakit Hati
Penyakit Jasmani
Pengubatan Sendiri
Setiap Penyakit Ada Ubatnya
Keutamaan Sakit dan Orang yang Sakit
Keutamaan Menziarahi Orang Sakit
Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati
Jangan Lupa Berdoa
Bab 2 Kenapa Kesihatan Perlu Dijaga?
Jasmani yang Sihat
Rohani yang Sihat
Bab 3 Menjaga Kesihatan Seperti Nabi
Cara Pencegahan
Cara Penyembuhan
Bab 4 Ibadah-ibadah yang Menyihatkan
Bersuci
Mengamalkan Sunnah Fitrah
Membasuh Tangan
Bersiwak
Wuduk
Mandi
Solat Tahajud
Solat Subuh
Puasa
Bab 5 Menyingkap Kelebihan Solat
Perkara Kedua Penting Selepas Syahadah
Pengukur Keimanan
Medium Penghubung antara Hamba dan Allah
Penghapus Dosa
Simbol Islam
Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
Jalan Keluar daripada Kesulitan
Pembuka Pintu Rezeki
Bab 6 Solat Mengubat Penyakit Rohani
Solat Mendatangkan Ketenangan Jiwa
Solat Melahirkan Akhlak Mulia
Solat Mengubati Penyakit Cintakan Dunia
Solat Menjadi Terapi Penyakit Masyarakat
Solat Menjauhkan Rasa Sepi dan Sedih
Kesimpulan
Bab 7 Berubat dengan Solat
Terdapat Ubat dalam Solat
Solat Sumber Kesihatan daripada Allah
Bukti Pakar Perubatan Barat
Rahsia Waktu Solat
Mukjizat Pergerakan dalam Solat
Sihat dengan Solat
Jiwa Raga Sihat
Seimbangkan Tekanan Darah
Sujud Melancarkan Peredaran Darah ke Otak
Mencegah Penyakit Jantung
Menguatkan Antibodi
Tulang Lebih Kuat
Mencegah Tulang Menjadi Lemah
Mencegah Varises
Melambatkan Proses Penuaan
Kesimpulan
Bab 8 Kisah BenarBerubat dengan Solat
Kisah 1: Solat Menghilangkan Rasa Sakit
Kisah 2: Solat Mengubati Kekotoran Paru-Paru
Kisah 3: Solat Memulihkan Tulang Retak
Kisah 4: Solat Mengubati Sakit Otot
Kisah 5: Solat Menyembuhkan Cedera Akibat Kemalangan
Kisah 6: Solat Menyelamatkan daripada Bunuh Diri
Penutup
Biografi Penulis
Rujukan
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-41-9
Tarikh Terbit: 30 Jul 2009
Jumlah Muka Surat : 152
Berat: 0.21 KG

RM 13

Buku : Magnet Rezeki Dengan Solat Duha


Magnet Rezeki dengan Solat Duha
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3372-69-0
ISBN-10: 983-3372-69-4
Tarikh Terbit: 18 Jun 2009
Jumlah Muka Surat : 152
Berat (KG) : 0.21
==========================
“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.” - Hadis Riwayat Tirmizi.
Prakata
Bab 1
Kisah Kejayaan Orang yang Istiqamah dalam Solat Duha
Hakikat dan Tatacara Solat Duha
Tirai Rahsia Allah
Bab 2
Hakikat dan Pelaksanaan Solat Duha
Pintu dan Kunci Rezeki
Memperbaiki Kualiti Solat
Kesungguhan dan Kekhusyukan Solat
Antara Solat Duha dan Aktiviti Kerja
Keseimbangan Diri
Rezeki Melimpah, Halal dan Berkat
Bab 3
Solat Duha Menjauhkan Kemiskinan dan Mendatangkan Kemudahan
Wasiat Nabi Muhammad tentang Solat Duha
Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Kemiskinan dan Kekufuran
Kesedaran Menuju Perubahan
Mendekatkan Diri pada Allah ataupun Mengingkarinya?
Mengenali Diri dan Meningkatkan Potensi
Bab 4
Bangkit dan Menjemput Rezeki
Arah Datangnya Rezeki
Rezeki Umpama Isyarat Pemancar
Mencari Rezeki dengan Keinginan yang Besar
Mengendalikan Diri dalam Mencari Rezeki
Bab 5
Seni Spiritual Menjemput Rezeki
Ritual yang Sesat
Ibadah adalah Jalan yang Lurus
Spiritual Solat Duha
Bab 6
Solat Duha adalah Roh Rezeki
Perang Lahir dan Batin
Menggantikan Kekuatan Cahaya Ilahi dengan Gerakan Solat
Kekuatan Spiritual Solat Duha dan Hubungannya dengan Rezeki
Bab 7
Penutup
Jadikanlah Hidup Saudara Lebih Hidup
RM 10.90

Wednesday, October 7, 2015

Buku : Fiqh Medik Mini

RM 15

Sinopsis


Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini:

1. Adakah berubat itu benar-benar wajib?

2. Bagaimana mengenalpasti darurat yang sebenar?

3. Bilakah masa kita tidak perlu berjumpa doktor?

4. Lemak babi boleh jadi halal?

5. Apakah doa waktu sakit yang mujarab?

6. Bolehkah menderma organ kepada bukan Muslim?

7. Berdosakah kita apabila menggugurkan kandungan? 8. Jampi bagaimana yang diterima Islam?

9. Setakat mana kita boleh mencantikkan rupa?

10. Pandangan mata orang mampu membuatkan kita sakit?

11. Vaksin: Mahu cucuk ataupun tidak?

Isi Kandungan

Bab 1: Etika dan Had Batasan dalam Interaksi antara Perawat dan Pesakit dalam Perubatan

Bab 2: Hukum Penggunaan Benda-Benda Haram dalam Perubatan dan Konsep Istihalah

Bab 3: Doa Kesembuhan daripada Penyakitdan Kecederaan

Bab 4: Hukum Brain Death (Mati Otak),Derma Organ, dan Pengguguran

Bab 5: Kesembuhan daripada Jampi dan Harga Naik

Bab 6 : Penyakit Berjangkit, Sikap Kita,dan Panduan Islam

Bab 7: Ringkasan Hukum Botox, Susuk, dan Braces

Bab 8: Vaksin untuk Jemaah Hajidan Keraguan Padanya

Bab 9: Hukum Pembedahan Batin

Bab 10: Beberapa Isu Perubatan dan Status Puasa

Bab 11: Mewarnakan Uban dengan Warna Hitamyang Disahkan Halal

Bab 12: Sebaran Gambar Mayat

Bab 13: Hukum Berkhitan bagi Lelaki dan Wanita

Bab 14: Kayu Koka dan Perubatan

Bab 15: Masalah Onani, Kesihatan, dan Hukum

Bab 16: Berapa Lama Waris Perlu Tunggu Berita Kehilangan ataupun Kematianyang Belum Pasti?

Bab 17: Syahwat Gelap dan Mengubatinya

Bab 18: Penyakit 'Ain, Misterinya, dan Perubatannya.

Buku : As-Syamail Al-Muhammadiyah Edisi Kemas Kini

RM 55

Sinopsis

Daripada penterjemah:

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

-     Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Syeikh al-Azhar 1958-1963)).

-     Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim

-     Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil

-     Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah

-     Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs

-     Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy

-     Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf

-     Syeikh Dr. Ahmad Yusri

-     Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy

-     Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani

-     Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

-     Syeikh Yusuf bin Ahmad

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi kemas kini ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.

Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.

al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî

Muhammad Masnur Hamzah
Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:

>  Mentakhrij ayat al-Qur`an.

>  Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.

>  Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).

>  Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.

>  Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.

>  Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.

Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Kemas Kini Ini

-  Shâhih Bukhâri, cetakan Mu`assasah ar-Risâlah, (atau cetakan dengan penomboran Fuâd Abdul Bâqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fat-hu l-Bâri dan 'Umdatu l-Qâri.

-  Shâhih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami pun menggunakan Ikmâlu l-Mu'allim bi Fawâidi l-Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi 'Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998.

-  Sunan Abi Dâwud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)

-  Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofâ al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)

-  Sunan Nasâ`i (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Dan kami menggunakan Dzâkhiratu l-'Uqbâ fi Syarhi l-Mujtabâ cetakan Mi'râj.

-  Sunan Ibnu Mâjah (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)

-  Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqîq Ahmad Muhammad Syâkir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kairo (akhir nombornya 27519).

-  Shâhih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islâmiy, tahqîq Dr. Muhammad Musthafâ al-A'zhamiy (akhir nombornya 3079)

-  Al-Mu'jam al-Kabîr, al Washîth, dan ash-Shaghîr, al-Imâm Thabrany.
-  al-Jâmi' li Syu'abi l-Îmân, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd. (akhir nombornya 10756)

-  al-Mawâhib al-Laduniyyah 'alâ sy-Syamâil al-Muhammadiyyah", Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi'i, terbitan Dar al-Minhâj.

-  Dalâilu n-Nubuwwah, al-Imâm al-Baihaqi, Darul Kutub 'Ilmiyyah dan Dar ar-Rayân li t-Turâts cetakan I.

-  Muntahâ s-Sûl 'alâ Wasâili l-Wushûl ilâ Syamâili r-Rasûl, karangan al-Allâmah al-Faqîh 'Abdullâh bin Sa'îd Muhammad Abbâdi al-Lahji (1344 - 1410 H), Darul Minhâj (4 jilid).

-  Majma'u z-Zawâ`id wa Manba'u l-Fawâ`id, al-Hâfidz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Daru l-Ma'mun li t-Turâts.

* * * * *

Dengan sanad bersambung kepada Imam Tirmizi semoga Allah mengasihinya.


Isi Kandungan

1 Fizikal Rasulullah
2 Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah
3 Rambut Rasulullah
4 Cara Rasulullah Merapikan Rambut
5 Uban Rasulullah
6 Semir Rambut Rasulullah
7 Celak Mata Rasulullah
8 Pakaian Rasulullah
9 ‘Isy Rasulullah
10 Kasut Rasulullah
11 Sandal Rasulullah
12 Cincin Rasulullah
13 Cara Rasulullah Memakai Cincin
14 Pedang Rasulullah
15 Baju Besi Rasulullah
16 Topi Besi Rasulullah Ketika Perang
17 Serban Rasulullah
18 Kain Sarung Rasulullah
19 Cara Rasulullah Berjalan
20 Kain Penutup Kepala
21 Cara Rasulullah Duduk
22 Tempat Rasulullah Bersandar
23 Cara Rasulullah Bersandar
24 Cara Rasulullah Makan
25 Jenis Roti yang Dimakan Rasulullah
26 Lauk yang Dimakan Rasulullah
27 Wuduk Rasulullah
28 Doa Rasulullah Sebelum dan Sesudah Makan
29 Cawan Minum Rasulullah
30 Buah-Buahan yang Dimakan Rasulullah
31 Minuman Rasulullah
32 Cara Rasulullah Minum
33 Wangian Rasulullah
34 Cara Rasulullah Berbicara
35 Cara Rasulullah Tertawa
36 Cara Rasulullah Bergurau
37 Syair Rasulullah
38 Bual Bicara Rasulullah
39 Cara Tidur Rasulullah
40 Ibadah Rasulullah
41 Solat Dhuha Rasulullah
42 Solat Sunat Rasulullah di Rumah
43 Puasa Rasulullah
44 Cara Rasulullah Membaca Quran
45 Tangisan Rasulullah
46 Tempat Tidur Rasulullah
47 Sifat Tawaduk Rasulullah
48 Akhlak Rasulullah
49 Sifat Malu Rasulullah
50 Berbekam
51 Nama-Nama Rasulullah
52 Kehidupan Rasulullah
53 Usia Rasulullah
54 Kewafatan Rasulullah
55 Harta Warisan Rasulullah
56 Melihat Rasulullah dalam Tidur

Buku : Menggapai Husnul Khatimah

RM 17

Sinopsis

Mengakhiri usia dengan husnul khatimah bukan satu perkara yang susah seperti yang difikirkan oleh majoriti masyarakat awam, bahkan juga dalam kalangan intelektual. Apa yang susah adalah sekiranya persepsi ini dibiarkan berlarutan. Ini sehingga menggigit daya pemikiran dan hati, tanpa sebarang usaha bagi menjelaskan sejauh mana peluang dan persiapan setiap insan dalam meraih husnul khatimah.

Husnul khatimah adalah jalan keemasan yang memimpin kita bagi meraih darjat kehambaan. Ini tidak dapat dinilai walaupun dengan emas. Darjat kehambaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mendapatkan keredhaan dan maghfirah (keampunan) Allah s.w.t. Ini memungkinkan kita menemui dan melihat zat-Nya tanpa hijab di akhirat nanti.



Isi Kandungan

Bab 1: Damba dan Impikan Husnul Khatimah

Bab 2: Syurgamu di Bawah Telapak Kaki Ibu

Bab 3: Sentiasa Berada dalam Naungan Kalimah Tauhid

Bab 4: Lazimi Diri dengan Zikir Pagi dan Petang

Bab 5: Merperbanyakkan Istighfar

Bab 6: Memperbanyakkan Selawat

Bab 7: Menggalakkan Budaya Mengaji pada Setiap Hari

Bab 8: Sudah Halalkah Makanan dan Minuman Kita?

Bab 9: Adakah Kita Sudah Memiliki Mata Kalis Api Neraka

Bab 10: Adakah Kita Sudah Memiliki Tangan Dermawan seperti Para Sahabat

Bab 11: Adakah Kita Sudah Mempunyai Sifat Memaafkan?

Bab 12: Adakah Kita Sudah Memiliki Kaki Seberat Gunung Uhud?

Bab 13: Biasakan Diri dengan Berpesan pada Kebaikan

Bab 14: Jadilah Ashabul Yamin

Bab 15: Merindui dan Mencintai Golongan yang Dekat dengan Allah s.w.t.

Bab 16: Melembutkan Hati dengan Kisah-Kisah Ahli Taubat

Bab 17: Dengan Kucing Dia ke Neraka, Dengan Anjing Dia ke Syurga

Bab 18: Jangan Terlalu Mencintai Dunia, Cintai Ia kerana Lebih Mencintai Akhirat

Bab 19: Duniamu Pentas Menuju Akhirat dan Teropong Keabadian, Bukan Pentas Sandiwara

Bab 20: Kawan, Bekalan Kamu Masih Sedikit

Bab 21: Esok Kiamat Kecil Kita

Bab 22: Mengumpul Duit Semata-Mata? Tidak!

Bab 23: Nabi Yaaqub a.s. dan Detik-Detik Terakhir Kematian

Bab 24: Allah s.w.t. Kawan Sebenar Kita

Bab 25: Selagi Hidup, Takutlah kepada Murka Allah s.w.t. di Atas Tikar Maut Mengharap Redha dan Keampunan-Nya

Bab 26: Miliki Keimanan yang Membaja dan Doa yang Ampuh

Bab 27: Dua Wajah Berlainan: Husnul Khatimah dan Su’ul Khatimah

Bab 28: Tanda-Tanda Husnul Khatimah

Bab 29: Doa-Doa Husnul Khatimah

Buku : #Sound Direct

Assalamualaikum,


Kenal tak Ustaz ni??

Kalau tak kenal cuba buka dalam link di bawah ni, pilih la yang mana pun untuk tengok hihi..

https://www.youtube.com/results?search_query=abdullah+khairi

Kalau tak, buka lihat yang berikut :






Saya selalu dapat video ceramah Ustaz ni di grup whatsapp keluarga. Satu benda yang menjadi kebanggaan saya ialah sekarang semua ahli keluarga dah berwaspada dalam menyebarkan sesuatu hehe... Alhamdulillah. Jadi kami lebih peka untuk memeriksa dahulu sesuatu sebelum sebar.

Berbalik kepada ceramah Ustaz ni tadi, ya, saya akui ada banyak pendekatan yang dilakukan oleh Ustaz Ustazah kita dalam menyampaikan dakwah. Ada yang suka pendekatan Ustaz Azhar Idrus dan ada yang suka dengan pendekatan Dr Zaharuddin contohnya.

Saya boleh terima yang mana sahaja, selagi mana saya dengar ustaz ni tak merapu sampai tahap tak boleh blah sehingga bawa hadis merapu dan mempersendakan agama lain, maka saya dengar saja. Tapi jujur ya, saya lebih suka pendekatan seperti DR MAZA dan DR UZAR dalam penyampaian. Serius dan bernas.

Namun tak dinafikan, Ustaz seperti UKE, UAI, Us Bollywood dan Us Abdullah Khairi ni juga, ada pengaruhnya yang tersendiri di kalangan mad'u.

Terbaru, Ustaz ni bakal keluar dengan bukunya :

Sinopsis

“Bangladesh paham, hangpa tak paham.

Hangpa lagi teruk daripada Bangladesh tu.”



“Sebab tu ada orang balik dari umrah ataupun haji,

depa tak solat dah…, sebab dah banyak pahala!”



---------

Himpunan tazkirah ringkas dan pedas daripada Ustaz Abdullah Khairi yang disusun mengikut kategori, iaitu Ibadah, Akhlak, Akidah, dan Muamalah.

Ada pengajaran yang berguna.


ISI KANDUNGAN

Makan Makanan yang Halal

Kelebihan Penuntut Ilmu

Sempurnakan Wuduk

Kaabah Kiblat Orang Islam

Kewajiban Menutup Aurat

Umrah dan Haji Ketika Muda

Solat Tiang Agama

Kepentingan Menuntut Ilmu

Kelebihan Bersedekah

Islam Itu Mudah

Mematuhi Suruhan Allah s.w.t.

Meminta hanya kepada Allah s.w.t.

Rahmat buat Penuntut Ilmu

Harta Tidak Bernilai Selepas Mati

Faham dalam Beramal

Ibadah yang Tidak Bermanfaat

Memohon Keampunan Allah

Solat Jenazah

Pelihara Solat

Untung Dunia Rugi Akhirat

Tapi buku ni adalah preorder. Insya ALLAH pertengah bulan 10 ini bakal terbit. Harganya RM 20 sahaja. Jika ada yang berminat, boleh maklumkan kepada saya melalui whatsapp 0199515058

Saturday, October 3, 2015

Buku : Fatwa Kontemporari Ibadah, Wanita dan Keluarga Jilid 2 Siri 2

RM 31.00

Format: Paperback

Saiz: 6 x 9 inch
ISBN-13: 978-967-411-568-5 
Tarikh Terbit: 15 Jun 2015
Jumlah Muka Surat : 432


SINOPSIS

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."
Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan ibadah, wanita, dan keluarga.
Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Dua, Siri Dua ini adalah:
  • Adakah Islam membenarkan isu politik dibicarakan di dalam masjid?
  • Apakah hukum penggunaan wang zakat bagi mendirikan masjid?
  • Apakah hukum membelanjakan wang derma untuk urusan pentadbiran?
  • Adakah petroleum perlu dizakatkan?
  • Apakah hukum lelaki berjabat tangan dengan wanita?
  • Apakah pemakaian purdah itu wajib?
  • Adakah cucu-cucu berhak mendapat harta peninggalan datuknya?
  • Perbincangan fatwa tentang pengharaman hak berpolitik untuk golongan wanita

ISI KANDUNGAN

Nota Penerbit
Bahagian 01 Ibadah
Bab 1 Masjid dan Politik
Bab 2 Tidak Semua Perkara Baru adalah Bid‘ah
Bab 3 Kiraan Falak Serta Penentuan Puasa dan Hari Raya
Bab 4 Zakat Barang Kemas Isteri selepas Kematiannya
Bab 5 Penggunaan Wang Zakat bagi Mendirikan Masjid
Bab 6 Berbelanja untuk Urusan-Urusan Pentadbiran Menggunakan Wang Derma
Bab 7 Pembinaan Pusat-Pusat Islam Menggunakan Wang Zakat
Bab 8 Adakah Petroleum Perlu Dizakatkan?
Bab 9 Pengeluaran Wang untuk Zakat Fitrah
Bahagian 02 Wanita dan Keluarga
Bab 10 Peranan Hawa dalam Mengeluarkan Nabi Adam a.s. dari Syurga
Bab 11 Fitnah Wanita dan Suara Mereka
Bab 12 Perbincangan Pendapat tentang Pentafsiran Ayat Al-Quran yang Merendah-Rendahkan Wanita
Bab 13 Lelaki Memandang Wanita dan Wanita Memandang Lelaki
Bab 14 Mengucapkan Salam kepada Para Wanita
Bab 15 Pergaulan antara Dua Jantina
Bab 16 Wanita Menziarahi Lelaki yang Sakit
Bab 17 Lelaki Berjabat Tangan dengan Wanita
Bab 18 Wanita Berkerjaya
Bab 19 Adakah Purdah Satu Bid‘ah?
Bab 20 Apakah Pemakaian Purdah Itu Wajib?
Bab 21 Bapa Menikahkan Anak Perempuan yang Baligh Tanpa Kerelaannya
Bab 22 Hukum dan Hikmah Mas Kahwin
Bab 23 Cinta dan Perkahwinan
Bab 24 Apakah yang Halal untuk Suami terhadap Isteri?
Bab 25 Hukum Menikahi Ibu Mentua, Jikalau Anaknya Diceraikan oleh Suami sebelum Persetubuhan Berlaku
Bab 26 Islam Memuliakan dan Memberikan Hak Wanita
Bab 27 Hak Isteri yang Tidak Menyenangi Kelakuan Suami: Isu Kuasa Talak antara Suami dan Isteri
Bab 28 Sebarang Penambahan daripada Pemberian Suami kepada Isteri ketika Tebus Talak
Bab 29 Penyertaan Wanita dalam Majlis Perwakilan (Parlimen): Antara Keharusan dan Larangan
Bab 30 Perbincangan Fatwa tentang Pengharaman Hak Berpolitik untuk Golongan Wanita
Bab 31 Anak Lelaki yang Derhaka Diharamkan daripada Menerima Harta Pusaka?
Bab 32 Permasalahan dalam Peninggalan Si Mati
Bab 33 Adakah Cucu-Cucu Mendapat Harta Peninggalan Datuknya?
Bab 34 Pewarisan Harta untuk Mereka untuk Tidak Diwajibkan Pemberian kepada Mereka di Samping Anak-Anak Perempuan
Bab 35 Menamakan Anak dengan Nama-Nama Orang ‘Ajam (Nama Selain daripada Nama Arab)
Bab 36 Bilangan Penyusuan yang Diterima dalam Memenuhi Syarat bagi Menjadi Saudara Susuan
Glosari
Biodata Penterjemah
Borang Cadangan dan Penambahbaikan