Waa...lama betul nak repair sana, repair sini blog ni. Sampai sempatlah kiranya jual banyak item dalam ni sebelum entry promosi keluar. Kalu ikut hajat di hati ai nak buat give away ni sebagai promosi la kan... tapi no worry, ai akan cuba untuk banyakkan lagi produk dalam ni dengan harga mampu milik.
Syarat give away ni :
- Cadangkan makanan yang sesuai untuk diberi kepada Ahmadi selain blender nasi dengan kentang rebus :P Sebab sekarang Ahmadi telah dengan jayanya melepasi tempoh full breastfeed. Andaikan saya budak baru belajar ye..anda boleh cadangkan apa sahaja dari seringkas-ringkas menu sampai le yang complicated. Pastikan ia menggunakan sumber2 asli.
- Bole letak gambar sama ada sendiri atau di google kan. Resepi tu pun boleh di google
- Jika anda ada entry terdahulu (berapa lama punya entry pun ai tak kisah) anda boleh berikan linknya kepada saya. Sebolehnya up kan tarikh ke bulan Ogos ek...
- Satu cadangan memberi satu penyertaan.Kalau dalam satu entry ada 3 cadangan, maka anda ada 3 penyertaan.
- Pilihan pemenang adalah berdasarkan 'entry yang saya suka'. Mungkin juga sbb entry tu kreatif, atau mungkin gambo dia lawa atau mungkin resepi yang ringkas untuk digunapakai.
- Hadiah : Anda boleh pilih apa saja yang ada dalam blog ni (yang masih ada dalam stock ketika diisytihar menang)! Tapi satu je la wei...kikiki
- Tarikh tutup : 25 Ogos 2010 cukup untuk dapatkan hadiah hari raya untuk anak-anak anda :)
- Listkan http://sale-at-sitisifir.blogspot.com/ dalam bloglist anda. Letakkan banner di atas pada sidebar anda.
- Letakkan permalink anda ke kotak komen di entry ini
Motif contest ini adalah :
- Promosi sudah pasti
- Mahu jadikan aktiviti masuk contest sebagai sesuatu yang memberi manfaat
- Insya ALLAH saya akan kompilasikan resepi anda semua untuk dikongsi bersama :)
Maaf ye..untuk permulaan, hadiah satu je lah dulu ek....lama2 nanti bila dah maju sikit saya tambah hadiah eks...

