Friday, October 23, 2015

Portable Basketball Playset


Portable Basketball Playset
1. Condition : New
2. Product weight : 1.8kg
3. Box dimension : 50cm X 39cm X 14cm
4. Strong plastic, high quality
5. Max. height : 162cm (height adjustable)
6. Ball included
7. Convenient. Easy carry to park and playground

RM 80.60

**Penijmatan hebat dengan belian pakej berikut :

ANAKKU BIJAK : PACKAGE M (PORTABLE BASKETBALL PLAY SET/SUPER BLOCK (50PCS)
PACKAGE M
------------------
1) PORTABLE BASKETBALL PLAY SET
2) SUPER BLOCK (50PCS)
FREE PUZZLE FOAM WORTH RM12.90
BERAT 3KG

Waterproof Sheet Protector


Mini Palm Waterproof Sheet Protector
FEATURES : HAND WASH
MAKING LIFE EASIER
100% WATERPROOF WITH NON SLIP BACKING
NO MORE MIDDLE OF THE NIGHT bed STRIPPING
KEEP SHEETS DRY THROUGHOUT TOILET TRAINING
FITS OVER THE BOTTOM SHEETS TO PROTECT MATTRESS
PROTECTS SHEET FROM MOISTURE AND STRAINING
SOFT QUILTED SURFACE WITH TUCK IN FLAPS
BLEACHABLE, MACHINE WASHABLE AND DRYABLE
ABSORBENT
DO NOT USE FABRIC SOFTTENERS
DO NOT DRY CLEAN
DO NOT IRON
MATERIAL:
TOP LAYER : 50% COTTON AND 50% POLYESTER
MIDDLE LAYER : 100% POLYESTER
BACKING LAYER : VINYL BACKED POLYESTER
SIZE : APPROXIMATELY : 75 cm x 85 cm
FITS SINGLE AND KING SINGLE BEDS
FITS TO SINGLE (KIDS)
Harga : RM 50
Sila sms/whatsapp di 0199515058

Wednesday, October 7, 2015

Buku : Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Hadis #1

RM 15.90

Sinopsis


Kisah-Kisah daripada Al-Quran dan Hadis menghimpunkan pelbagai kisah tentang perjalanan hidup Nabi dan sahabat, kisah-kisah perang yang berlaku serta kepahlawanan Nabi dan sahabat dalam menyebarkan agama Islam.

Buku ini berkonsepkan Bedtime Stories, Satu Hari Satu Cerita mengikut kalendar Islam. Sangat santai untuk dijadikan aktiviti bersama Si Cilik sebelum tidur. Ia juga dapat menjadikan mesej yang ingin disampaikan oleh Al-Quran dan hadis dekat dengan kehidupan para pembaca.

Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna warni serta info-info tambahan yang boleh dijadikan iktibar serta teladan kepada kita.
 

Isi Kandungan

 
BULAN MUHARAM

01. Adam a.s. manusia pertama dan tentangan iblis

02. Hawa teman Adam a.s.

03. Adam a.s. dan Hawa diusir dari Syurga

04. Hawa melahirkan zuriat

05. Perkahwinan anak Nabi Adam a.s.

06. Pembunuhan pertama dalam sejarah manusia

07. Pengebumian pertama

08. Kelahiran Syith a.s.

09. Kewafatan Nabi Adam a.s.

10. Nabi Idris a.s.

11. Kaum Qabil

12. Berhijrah ke Mesir

13. Dikunjungi Malaikat Izrail

14. Merasai mati

15. Melawat Neraka dan Syurga

16. Nabi Nuh a.s.

17. Nabi Nuh a.s. berputus asa dengan kaumnya

18. Doa Nabi Nuh a.s.

19. Keistimewaan kapal Nabi Nuh a.s.

20. Kaum Nabi Nuh a.s. mati lemas

21. Menjalani penghidupan baharu

22. Nabi Hud a.s.

23. Penentangan daripada kaum ‘Ad

24. Kaum ‘Ad ditimpa bala pertama

25. Kaum ‘Ad ditimpa bala kedua

26. Perpindahan Nabi Hud a.s.

27. Latar belakang Nabi Salih a.s.

28. Kaum Thamud

29. Dakwah Nabi Salih a.s.



BULAN SAFAR

01. Unta ajaib

02. Mendapat perlindungan Allah S.W.T.

03. Nabi Ibrahim a.s. dan Raja Namrud

04. Dilahirkan secara rahsia

05. Burung merpati hidup semula

06. Berdakwah kepada ayahandanya

07. Memusnahkan berhala

08. Dibakar hidup-hidup

09. Burung pipit membantu Nabi Ibrahim a.s.

10. Raja Mesir membebaskan Siti Sarah

11. Perkahwinan dengan Siti Hajar

12. Raja Namrud berperang dengan nyamuk

13. Nabi Ibrahim a.s. dan orang Majusi

14. Peristiwa khatan

15. Nabi Lut a.s. dan penduduk Sadum

16. Dakwah Nabi Lut a.s.

17. Tetamu-tetamu Nabi Lut a.s

18. Balasan daripada Allah S.W.T.

19. Pengorbanan Siti Hajar

20. Kewujudan telaga zamzam

21. Mekah yang makmur

22. Ismail a.s. dikorbankan

23. Membangunkan Kaabah

24. Dakwah Nabi Ismail a.s.

25. Kelahiran Nabi Ishak a.s.

26. Lawatan tiga malaikat

27. Nabi Ishak a.s. menjadi rasul

28. Perkahwinan dengan Rifqah

29. Cemburu Isy kepada Yaakub a.s.

30. Nabi Ishak a.s. dan Nabi Ismail a.s. bersengketa

Buku : Fiqh Medik Mini

RM 15

Sinopsis


Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini:

1. Adakah berubat itu benar-benar wajib?

2. Bagaimana mengenalpasti darurat yang sebenar?

3. Bilakah masa kita tidak perlu berjumpa doktor?

4. Lemak babi boleh jadi halal?

5. Apakah doa waktu sakit yang mujarab?

6. Bolehkah menderma organ kepada bukan Muslim?

7. Berdosakah kita apabila menggugurkan kandungan? 8. Jampi bagaimana yang diterima Islam?

9. Setakat mana kita boleh mencantikkan rupa?

10. Pandangan mata orang mampu membuatkan kita sakit?

11. Vaksin: Mahu cucuk ataupun tidak?

Isi Kandungan

Bab 1: Etika dan Had Batasan dalam Interaksi antara Perawat dan Pesakit dalam Perubatan

Bab 2: Hukum Penggunaan Benda-Benda Haram dalam Perubatan dan Konsep Istihalah

Bab 3: Doa Kesembuhan daripada Penyakitdan Kecederaan

Bab 4: Hukum Brain Death (Mati Otak),Derma Organ, dan Pengguguran

Bab 5: Kesembuhan daripada Jampi dan Harga Naik

Bab 6 : Penyakit Berjangkit, Sikap Kita,dan Panduan Islam

Bab 7: Ringkasan Hukum Botox, Susuk, dan Braces

Bab 8: Vaksin untuk Jemaah Hajidan Keraguan Padanya

Bab 9: Hukum Pembedahan Batin

Bab 10: Beberapa Isu Perubatan dan Status Puasa

Bab 11: Mewarnakan Uban dengan Warna Hitamyang Disahkan Halal

Bab 12: Sebaran Gambar Mayat

Bab 13: Hukum Berkhitan bagi Lelaki dan Wanita

Bab 14: Kayu Koka dan Perubatan

Bab 15: Masalah Onani, Kesihatan, dan Hukum

Bab 16: Berapa Lama Waris Perlu Tunggu Berita Kehilangan ataupun Kematianyang Belum Pasti?

Bab 17: Syahwat Gelap dan Mengubatinya

Bab 18: Penyakit 'Ain, Misterinya, dan Perubatannya.

Buku : As-Syamail Al-Muhammadiyah Edisi Kemas Kini

RM 55

Sinopsis

Daripada penterjemah:

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:

-     Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Syeikh al-Azhar 1958-1963)).

-     Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim

-     Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil

-     Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah

-     Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs

-     Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy

-     Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf

-     Syeikh Dr. Ahmad Yusri

-     Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy

-     Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani

-     Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

-     Syeikh Yusuf bin Ahmad

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi kemas kini ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.

Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.

al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî

Muhammad Masnur Hamzah
Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:

>  Mentakhrij ayat al-Qur`an.

>  Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.

>  Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).

>  Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.

>  Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.

>  Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.

Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Kemas Kini Ini

-  Shâhih Bukhâri, cetakan Mu`assasah ar-Risâlah, (atau cetakan dengan penomboran Fuâd Abdul Bâqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fat-hu l-Bâri dan 'Umdatu l-Qâri.

-  Shâhih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami pun menggunakan Ikmâlu l-Mu'allim bi Fawâidi l-Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi 'Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998.

-  Sunan Abi Dâwud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)

-  Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofâ al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)

-  Sunan Nasâ`i (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Dan kami menggunakan Dzâkhiratu l-'Uqbâ fi Syarhi l-Mujtabâ cetakan Mi'râj.

-  Sunan Ibnu Mâjah (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)

-  Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqîq Ahmad Muhammad Syâkir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kairo (akhir nombornya 27519).

-  Shâhih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islâmiy, tahqîq Dr. Muhammad Musthafâ al-A'zhamiy (akhir nombornya 3079)

-  Al-Mu'jam al-Kabîr, al Washîth, dan ash-Shaghîr, al-Imâm Thabrany.
-  al-Jâmi' li Syu'abi l-Îmân, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd. (akhir nombornya 10756)

-  al-Mawâhib al-Laduniyyah 'alâ sy-Syamâil al-Muhammadiyyah", Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi'i, terbitan Dar al-Minhâj.

-  Dalâilu n-Nubuwwah, al-Imâm al-Baihaqi, Darul Kutub 'Ilmiyyah dan Dar ar-Rayân li t-Turâts cetakan I.

-  Muntahâ s-Sûl 'alâ Wasâili l-Wushûl ilâ Syamâili r-Rasûl, karangan al-Allâmah al-Faqîh 'Abdullâh bin Sa'îd Muhammad Abbâdi al-Lahji (1344 - 1410 H), Darul Minhâj (4 jilid).

-  Majma'u z-Zawâ`id wa Manba'u l-Fawâ`id, al-Hâfidz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Daru l-Ma'mun li t-Turâts.

* * * * *

Dengan sanad bersambung kepada Imam Tirmizi semoga Allah mengasihinya.


Isi Kandungan

1 Fizikal Rasulullah
2 Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah
3 Rambut Rasulullah
4 Cara Rasulullah Merapikan Rambut
5 Uban Rasulullah
6 Semir Rambut Rasulullah
7 Celak Mata Rasulullah
8 Pakaian Rasulullah
9 ‘Isy Rasulullah
10 Kasut Rasulullah
11 Sandal Rasulullah
12 Cincin Rasulullah
13 Cara Rasulullah Memakai Cincin
14 Pedang Rasulullah
15 Baju Besi Rasulullah
16 Topi Besi Rasulullah Ketika Perang
17 Serban Rasulullah
18 Kain Sarung Rasulullah
19 Cara Rasulullah Berjalan
20 Kain Penutup Kepala
21 Cara Rasulullah Duduk
22 Tempat Rasulullah Bersandar
23 Cara Rasulullah Bersandar
24 Cara Rasulullah Makan
25 Jenis Roti yang Dimakan Rasulullah
26 Lauk yang Dimakan Rasulullah
27 Wuduk Rasulullah
28 Doa Rasulullah Sebelum dan Sesudah Makan
29 Cawan Minum Rasulullah
30 Buah-Buahan yang Dimakan Rasulullah
31 Minuman Rasulullah
32 Cara Rasulullah Minum
33 Wangian Rasulullah
34 Cara Rasulullah Berbicara
35 Cara Rasulullah Tertawa
36 Cara Rasulullah Bergurau
37 Syair Rasulullah
38 Bual Bicara Rasulullah
39 Cara Tidur Rasulullah
40 Ibadah Rasulullah
41 Solat Dhuha Rasulullah
42 Solat Sunat Rasulullah di Rumah
43 Puasa Rasulullah
44 Cara Rasulullah Membaca Quran
45 Tangisan Rasulullah
46 Tempat Tidur Rasulullah
47 Sifat Tawaduk Rasulullah
48 Akhlak Rasulullah
49 Sifat Malu Rasulullah
50 Berbekam
51 Nama-Nama Rasulullah
52 Kehidupan Rasulullah
53 Usia Rasulullah
54 Kewafatan Rasulullah
55 Harta Warisan Rasulullah
56 Melihat Rasulullah dalam Tidur

Buku : Menggapai Husnul Khatimah

RM 17

Sinopsis

Mengakhiri usia dengan husnul khatimah bukan satu perkara yang susah seperti yang difikirkan oleh majoriti masyarakat awam, bahkan juga dalam kalangan intelektual. Apa yang susah adalah sekiranya persepsi ini dibiarkan berlarutan. Ini sehingga menggigit daya pemikiran dan hati, tanpa sebarang usaha bagi menjelaskan sejauh mana peluang dan persiapan setiap insan dalam meraih husnul khatimah.

Husnul khatimah adalah jalan keemasan yang memimpin kita bagi meraih darjat kehambaan. Ini tidak dapat dinilai walaupun dengan emas. Darjat kehambaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mendapatkan keredhaan dan maghfirah (keampunan) Allah s.w.t. Ini memungkinkan kita menemui dan melihat zat-Nya tanpa hijab di akhirat nanti.



Isi Kandungan

Bab 1: Damba dan Impikan Husnul Khatimah

Bab 2: Syurgamu di Bawah Telapak Kaki Ibu

Bab 3: Sentiasa Berada dalam Naungan Kalimah Tauhid

Bab 4: Lazimi Diri dengan Zikir Pagi dan Petang

Bab 5: Merperbanyakkan Istighfar

Bab 6: Memperbanyakkan Selawat

Bab 7: Menggalakkan Budaya Mengaji pada Setiap Hari

Bab 8: Sudah Halalkah Makanan dan Minuman Kita?

Bab 9: Adakah Kita Sudah Memiliki Mata Kalis Api Neraka

Bab 10: Adakah Kita Sudah Memiliki Tangan Dermawan seperti Para Sahabat

Bab 11: Adakah Kita Sudah Mempunyai Sifat Memaafkan?

Bab 12: Adakah Kita Sudah Memiliki Kaki Seberat Gunung Uhud?

Bab 13: Biasakan Diri dengan Berpesan pada Kebaikan

Bab 14: Jadilah Ashabul Yamin

Bab 15: Merindui dan Mencintai Golongan yang Dekat dengan Allah s.w.t.

Bab 16: Melembutkan Hati dengan Kisah-Kisah Ahli Taubat

Bab 17: Dengan Kucing Dia ke Neraka, Dengan Anjing Dia ke Syurga

Bab 18: Jangan Terlalu Mencintai Dunia, Cintai Ia kerana Lebih Mencintai Akhirat

Bab 19: Duniamu Pentas Menuju Akhirat dan Teropong Keabadian, Bukan Pentas Sandiwara

Bab 20: Kawan, Bekalan Kamu Masih Sedikit

Bab 21: Esok Kiamat Kecil Kita

Bab 22: Mengumpul Duit Semata-Mata? Tidak!

Bab 23: Nabi Yaaqub a.s. dan Detik-Detik Terakhir Kematian

Bab 24: Allah s.w.t. Kawan Sebenar Kita

Bab 25: Selagi Hidup, Takutlah kepada Murka Allah s.w.t. di Atas Tikar Maut Mengharap Redha dan Keampunan-Nya

Bab 26: Miliki Keimanan yang Membaja dan Doa yang Ampuh

Bab 27: Dua Wajah Berlainan: Husnul Khatimah dan Su’ul Khatimah

Bab 28: Tanda-Tanda Husnul Khatimah

Bab 29: Doa-Doa Husnul Khatimah

Buku : Islam Di Barat Muslim Di Timur

RM 25

=============
ISBN : 978-967-129-249-5
Muka Surat : 258
Berat (kg) : 0.28
=============

Sinopsis

Travelog ini adalah hasil daripada refleksi peribadi Dr Zulkifli Hasan terhadap persekitaran, keadaan, suasana termasuk emosi dn perasaan semasa kembara ilmu, dakwah dan spiritual. Secara khususnya, ia melibatkan destinasi Mekah - Madinah - Gaza - Kaherah - Rafah - Alexandria - Zagaziq - Tokyo -Kyoto - Sendai - New York - Chicago - Dallas - Boston - Indianapolis - Washington DC. Travelog pengembaraan di Timur dan Barat ini memberi pengalaman di Timur dan Barat ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada Dr Zulkifli daripada pelbagai aspek kehidupan.

Beliau menyaksikan bagaimana beberapa nilai Islam diamalkan di dunia Barat manakala dunia Islam pula meninggalkan nilai-nilai Islam yang sepatutnya menjadi pegangan dan budaya umat Islam.

Buku : #Sound Direct

Assalamualaikum,


Kenal tak Ustaz ni??

Kalau tak kenal cuba buka dalam link di bawah ni, pilih la yang mana pun untuk tengok hihi..

https://www.youtube.com/results?search_query=abdullah+khairi

Kalau tak, buka lihat yang berikut :






Saya selalu dapat video ceramah Ustaz ni di grup whatsapp keluarga. Satu benda yang menjadi kebanggaan saya ialah sekarang semua ahli keluarga dah berwaspada dalam menyebarkan sesuatu hehe... Alhamdulillah. Jadi kami lebih peka untuk memeriksa dahulu sesuatu sebelum sebar.

Berbalik kepada ceramah Ustaz ni tadi, ya, saya akui ada banyak pendekatan yang dilakukan oleh Ustaz Ustazah kita dalam menyampaikan dakwah. Ada yang suka pendekatan Ustaz Azhar Idrus dan ada yang suka dengan pendekatan Dr Zaharuddin contohnya.

Saya boleh terima yang mana sahaja, selagi mana saya dengar ustaz ni tak merapu sampai tahap tak boleh blah sehingga bawa hadis merapu dan mempersendakan agama lain, maka saya dengar saja. Tapi jujur ya, saya lebih suka pendekatan seperti DR MAZA dan DR UZAR dalam penyampaian. Serius dan bernas.

Namun tak dinafikan, Ustaz seperti UKE, UAI, Us Bollywood dan Us Abdullah Khairi ni juga, ada pengaruhnya yang tersendiri di kalangan mad'u.

Terbaru, Ustaz ni bakal keluar dengan bukunya :

Sinopsis

“Bangladesh paham, hangpa tak paham.

Hangpa lagi teruk daripada Bangladesh tu.”



“Sebab tu ada orang balik dari umrah ataupun haji,

depa tak solat dah…, sebab dah banyak pahala!”



---------

Himpunan tazkirah ringkas dan pedas daripada Ustaz Abdullah Khairi yang disusun mengikut kategori, iaitu Ibadah, Akhlak, Akidah, dan Muamalah.

Ada pengajaran yang berguna.


ISI KANDUNGAN

Makan Makanan yang Halal

Kelebihan Penuntut Ilmu

Sempurnakan Wuduk

Kaabah Kiblat Orang Islam

Kewajiban Menutup Aurat

Umrah dan Haji Ketika Muda

Solat Tiang Agama

Kepentingan Menuntut Ilmu

Kelebihan Bersedekah

Islam Itu Mudah

Mematuhi Suruhan Allah s.w.t.

Meminta hanya kepada Allah s.w.t.

Rahmat buat Penuntut Ilmu

Harta Tidak Bernilai Selepas Mati

Faham dalam Beramal

Ibadah yang Tidak Bermanfaat

Memohon Keampunan Allah

Solat Jenazah

Pelihara Solat

Untung Dunia Rugi Akhirat

Tapi buku ni adalah preorder. Insya ALLAH pertengah bulan 10 ini bakal terbit. Harganya RM 20 sahaja. Jika ada yang berminat, boleh maklumkan kepada saya melalui whatsapp 0199515058

Saturday, October 3, 2015

Edu Toy : Kokoru

Kokoru (saiz A4)

RM 13
-Setiap set mengandungi 8 jenis kombinasi warna yang berbeza.
- Setiap warna mempunyai 8 lembar kertas.
- saiz yang berukuran A4 (21x29.7cm)

Kokoru ( panjang)

RM 13
Terdapat 3 jenis set warna yang menarik.
- Setiap set mengandungi 8 jenis kombinasi warna yang berbeza.
- Setiap warna mempunyai 7 lembar kertas.
- saiz yang berukuran 13 x 500 mm

Kokoru ( panjang)

 New product
 -Membolehkan membuat pelbagai jenis origami yang menarik.
- Meningkatkan daya kreativiti kepada anak-anak.
- Membantu membina daya kefahaman yang tinggi.
- Sesuai untuk anak- anakberumur 4 tahun keatas dan seisi keluarga.

Buku : Bagaikan Khadijah di Hati RasulullaH - Edisi Kemas Kini

RM 26

SINOPSIS

Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya.
Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

ISI KANDUNGAN

Cerita Kita
Bahagian 1: Syurga Dunia Alam Perkahwinan
Bahagian 2: Tingkah Lelaki Moden Mencari Cinta
Bahagian 3: Sandaran Bahagian
Bahagian 4: Layanan Istimewa Buat Bernama Suami
Bahagian 5: Indah di Mata, Dekat di Hati
Bahagian 6: Punca Si Dia Berjauh Diri
Bahagian 7: Rumah Itu Syurga Kita
Bahagian 8: Corak Warna Iman di Kain Putih
Bahagian 9: Kita Saudara Dua Dunia
Bahagian 10: Kisah Terindah Buat Hati
Bahagian 11: Wahai Tuhan, Dengarkanlah
Penutup

Buku : The Best Student of The Day

RM 13

SINOPSIS

Manuskrip ini menghimpunkan kisah-kisah inspirasi daripada sisi seorang ibu, berkaitan isu didikan dan pendidikan.
Dr. Nik Salida yang mempunyai pengalaman menghantar anak-anak bagi mendapatkan pendidikan awal di United Kingdom, berkongsi rahsia, tip, dan info-info menarik daripada sistem pendidikan di sana.
Menariknya, sistem pendidikan di sana mirip dengan sistem yang diterapkan dalam kitab-kitab agama Islam yang lama. Turut dikongsikan di sini bagaimana kanak-kanak seawal usia 4 tahun sudah ke sekolah biasa dengan diajar berkenaan 2 perkara sahaja selama setahun. Bagaimana emosi anak-anak dan ibu bapa dapat membentuk sesuatu yang positif pada keluarga.

ISI KANDUNGAN

Alam Baru
Dua Pelajaran
Rotan
Enjoy
Daniel
Fitrah
Seawal Empat Tahun
Sandwich
Satu Ringgit
Snack di Atas Meja
Syurga dan Neraka
Menunggu Esok
Lain
Kita Ini Muslim
Gereja
Tiada Buku Teks
But Wellington
Perangkap Gender
Hafaz di Taman
Harapan

Buku : Fatwa Kontemporari Ibadah, Wanita dan Keluarga Jilid 2 Siri 2

RM 31.00

Format: Paperback

Saiz: 6 x 9 inch
ISBN-13: 978-967-411-568-5 
Tarikh Terbit: 15 Jun 2015
Jumlah Muka Surat : 432


SINOPSIS

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."
Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan ibadah, wanita, dan keluarga.
Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Dua, Siri Dua ini adalah:
  • Adakah Islam membenarkan isu politik dibicarakan di dalam masjid?
  • Apakah hukum penggunaan wang zakat bagi mendirikan masjid?
  • Apakah hukum membelanjakan wang derma untuk urusan pentadbiran?
  • Adakah petroleum perlu dizakatkan?
  • Apakah hukum lelaki berjabat tangan dengan wanita?
  • Apakah pemakaian purdah itu wajib?
  • Adakah cucu-cucu berhak mendapat harta peninggalan datuknya?
  • Perbincangan fatwa tentang pengharaman hak berpolitik untuk golongan wanita

ISI KANDUNGAN

Nota Penerbit
Bahagian 01 Ibadah
Bab 1 Masjid dan Politik
Bab 2 Tidak Semua Perkara Baru adalah Bid‘ah
Bab 3 Kiraan Falak Serta Penentuan Puasa dan Hari Raya
Bab 4 Zakat Barang Kemas Isteri selepas Kematiannya
Bab 5 Penggunaan Wang Zakat bagi Mendirikan Masjid
Bab 6 Berbelanja untuk Urusan-Urusan Pentadbiran Menggunakan Wang Derma
Bab 7 Pembinaan Pusat-Pusat Islam Menggunakan Wang Zakat
Bab 8 Adakah Petroleum Perlu Dizakatkan?
Bab 9 Pengeluaran Wang untuk Zakat Fitrah
Bahagian 02 Wanita dan Keluarga
Bab 10 Peranan Hawa dalam Mengeluarkan Nabi Adam a.s. dari Syurga
Bab 11 Fitnah Wanita dan Suara Mereka
Bab 12 Perbincangan Pendapat tentang Pentafsiran Ayat Al-Quran yang Merendah-Rendahkan Wanita
Bab 13 Lelaki Memandang Wanita dan Wanita Memandang Lelaki
Bab 14 Mengucapkan Salam kepada Para Wanita
Bab 15 Pergaulan antara Dua Jantina
Bab 16 Wanita Menziarahi Lelaki yang Sakit
Bab 17 Lelaki Berjabat Tangan dengan Wanita
Bab 18 Wanita Berkerjaya
Bab 19 Adakah Purdah Satu Bid‘ah?
Bab 20 Apakah Pemakaian Purdah Itu Wajib?
Bab 21 Bapa Menikahkan Anak Perempuan yang Baligh Tanpa Kerelaannya
Bab 22 Hukum dan Hikmah Mas Kahwin
Bab 23 Cinta dan Perkahwinan
Bab 24 Apakah yang Halal untuk Suami terhadap Isteri?
Bab 25 Hukum Menikahi Ibu Mentua, Jikalau Anaknya Diceraikan oleh Suami sebelum Persetubuhan Berlaku
Bab 26 Islam Memuliakan dan Memberikan Hak Wanita
Bab 27 Hak Isteri yang Tidak Menyenangi Kelakuan Suami: Isu Kuasa Talak antara Suami dan Isteri
Bab 28 Sebarang Penambahan daripada Pemberian Suami kepada Isteri ketika Tebus Talak
Bab 29 Penyertaan Wanita dalam Majlis Perwakilan (Parlimen): Antara Keharusan dan Larangan
Bab 30 Perbincangan Fatwa tentang Pengharaman Hak Berpolitik untuk Golongan Wanita
Bab 31 Anak Lelaki yang Derhaka Diharamkan daripada Menerima Harta Pusaka?
Bab 32 Permasalahan dalam Peninggalan Si Mati
Bab 33 Adakah Cucu-Cucu Mendapat Harta Peninggalan Datuknya?
Bab 34 Pewarisan Harta untuk Mereka untuk Tidak Diwajibkan Pemberian kepada Mereka di Samping Anak-Anak Perempuan
Bab 35 Menamakan Anak dengan Nama-Nama Orang ‘Ajam (Nama Selain daripada Nama Arab)
Bab 36 Bilangan Penyusuan yang Diterima dalam Memenuhi Syarat bagi Menjadi Saudara Susuan
Glosari
Biodata Penterjemah
Borang Cadangan dan Penambahbaikan 

Buku : #Baby Muslimah

RM 15


SINOPSIS

5 Ramadan, 1436 hijrah. Hari yang cukup luar biasa. Tarikh kelahiran saya.
Tetapi pada detik ini, saya tidak lagi bangun sebagai Felixia. Namun, kini saya bangkit sebagai RaRa.
Raisyyah Rania.
Dan inilah kisah saya selepas 'kelahiran semula'.

ISI KANDUNGAN

  1. Amoi Berhijab
  2. Bukan Mudah
  3. Saf Budak
  4. Al-Fatihah
  5. Surah Paling Pendek
  6. Tergelak
  7. Padanan
  8. Istimewa
  9. Tangisan
  10. Hati yang Hidup
  11. Lencun
  12. Berkat solat
  13. Menjadi diri sendiri
  14. Bukan kurma biasa
  15. Cerita berat badan
  16. Laparnya!
  17. Puasa oh Puasa
  18. Kalam Tuhan
  19. Mengaji
  20. Belajar Agama
  21. Alang-alang
  22. Pembasah Mulut
  23. Zikir Pilihan
  24. Nabi-Nabi
  25. Yang menawan
  26. Ke tanah suci
  27. Paling Mudah
  28. Memberi untuk apa?
  29. Jalan dakwah
  30. Dipandang orang
  31. Siapa lebih penting?
  32. Penat kepala
  33. Islam kerana Allah
  34. Arisa
  35. Menjengkelkan hati
  36. Kahwin oh kahwin
  37. Berita baik
  38. Bukan sebarangan pakaian
  39. Strip Club
  40. Siapa lagi?
  41. Mulanya di sini
  42. Sebuah harapan
  43. Bukan sebarang salam
  44. Sarung Nangka
  45. Ketagih Jubah
  46. Ajaib
  47. Peminat Ustaz
  48. Teman
  49. Berkawan dengan semua
  50. Hidup sekarang
  51. Melalui Islam
  52. Tujuan hidup
  53. Gwai Ar! Gwai Ar!
  54. Makanan
  55. Sebagai ganti
  56. Ibu
  57. Harapan terdalam
  58. Macam-macam
  59. Ada lagi
  60. Bukan sombong
  61. Jodoh
  62. Ditanya dan dilamar
  63. Syarat-syarat
  64. Antara mahu dan mampu
  65. Doa

Friday, October 2, 2015

Noxxa Noodle Maker

Demo Noxxa  Noodle Maker


Demo Noxxa Noodle Maker
Posted by Natural Living Resources on Saturday, 26 September 2015

Maryam Anak Syurga


Wanita Kuat yang Mendapat Pinjaman Sementara Dari Allah: Maryam Anak Syurga 
oleh Khairul Aswad Khairul Anuar pada 30 Sep 2015 

 Kita selalu dengar ungkapan yang amat terkenal dalam kalangan masyarakat kita. Kata mereka, wanita mempunyai 9 emosi dan hanya 1 akal, berbanding lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 emosi. Ada banyak tafsiran dan yang paling mungkin diterima akal adalah kerana golongan wanita ini amat mudah tersentuh hatinya, apatah lagi emosi. Lagi-lagi apabila tiba musim tertentu setiap bulan. Mungkin benar mereka ini susah mengawal emosi. 

Tetapi jika anda melihat seorang ibu sedang tersenyum manis sambil memangku jenazah bayinya, mungkinkah persepsi terhadap wanita akan berubah? Puan Ruqayyah Farhani. Beliau bukanlah selebriti terkenal tanah air. Beliau juga bukanlah atlet yang berjaya mendapat pingat emas dalam temasya sukan.Tetapi, mengapa beliau boleh dikenali dalam sekelip mata? Kenapa akaun Facebook beliau dihujani dengan beribu mesej peribadi? Mengapa juga status Facebook beliau dikongsi dan mempunyai like yang beratus ribu? Siapakah beliau yang sebenarnya? 

 Buku ini berjaya disusun dengan baik kronologinya. Anda seolah-olah sedang mengintai ke dalam diari peribadi Puan Ruqayyah. Di awal buku ini, Puan Ruqayyah menceritakan berkenaan kehidupan beliau di Mesir dan bagaimana beliau boleh berkenalan dengan suaminya, Encik Abdullah Mubarak. Beliau juga menceritakan bagaimana cinta mereka boleh berputik serta langkah mereka untuk segera bernikah. Pada hari revolusi di Mesir, beliau telah ke hospital untuk membuat pemeriksaan dan mereka telah menerima sebuah berita gembira. 

Doktor mengesahkan beliau hamil dan lebih membuatkan pasangan itu tersenyum gembira ialah khabar daripada doktor yang mengatakan kandungan beliau adalah sepasang kembar. Cabaran menjadi hebat apabila Ruqayyah telah pulang ke Malaysia seorang diri, manakala suaminya tinggal di Mesir kerana masih perlu meneruskan pengajian. Di Malaysia, segala penjagaan diri dilakukan sendiri dan dibantu oleh keluarga. Bayangkan seorang ibu muda yang baru pertama kali mengandung, terpaksa menjaga dirinya sendiri tanpa suami di sisi. 

 Cerita diteruskan apabila Puan Ruqayyah terpaksa bersalin lebih awal dari tarikh yang dijangka. Meskipun melalui detik yang sangat mendebarkan tanpa sokongan suami di sisi, akhirnya, beliau selamat melahirkan kedua-dua anak kembarnya. Klimaksnya terjadi apabila salah seorang daripada kembar, Maryam Farihah mengalami kompilasi. Hati ibu mana yang tidak sayu melihat anak dalam keadaan bertarung antara hidup dan mati. Meskipun dalam keadaan berpantang, Puan Ruqayyah menggagahkan diri untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan dan melihat keadaan anak-anaknya, terutamanya Maryam. Namun, Allah lebih sayangkan Maryam. 

 Sewaktu Puan Ruqayyah memandikan jenazah Maryam, beliau tidak dapat menahan diri daripada mengalirkan air mata. Itulah pertama kali beliau memegang anaknya selepas 14 hari dia dilahirkan. Namun, anak itu sudah tidak bernyawa. Tetapi beliau cekalkan hati, meredhai ketentuan Ilahi. Beliau masih mampu tersenyum, sedangkan kematian adalah perpisahan dunia dengan alam akhirat. Di akhir buku ini juga ada menceritakan catatan daripada sang suami, Encik Abdullah Mubarak. Beliau menceritakan daripada sudut pandang beliau. 

Betapa beliau amat kagum dan sayang dengan isterinya yang cekal dan tabah. Apa yang lebih sayu adalah, beliau sendiri tidak pernah melihat wajah Maryam secara bersemuka. Hanya gambar yang dicuri-curi ambil oleh isterinya sahaja menjadi kenangan. Membaca buku ini seolah membaca sebuah novel, cuma ia adalah kisah benar yang amat meruntun perasaan pembaca. Pembaca pasti akan tersenyum di beberapa bahagian buku dek beberapa dialog romantis pasangan suami isteri itu. 

Kisah ini boleh dijadikan iktibar para pembaca. Betapa kasih dan utuhnya hati seorang ibu. Betapa redhanya beliau dengan ketentuan Ilahi. Betapa kasihnya sang suami pada seorang isteri. Betapa kuatnya seorang ibu dalam mengharungi ujian mengandungkan bayi. Jadi, jika anda sudah selesai membaca buku ini, jangan lupa segera dapatkan ibu anda, ucapkan pada beliau, “Terima kasih kerana lahirkan saya. Saya sayang mak.”


Bismillahirrahmanirrahim, 

Muka depan buku ini adalah gambar sebenar di hari pengebumian anaknya yang sedang dipangku. Kisah ini viral disuatu ketika kerana ketabahan yang dimiliki olehnya. 

Boleh baca kisah puan Ruqayyah di link yang saya sertakan di bawah. 

Jika mahu lebih detaik, kisah mereka telah dibukukan dalam buku berikut dengan harga RM 13. 

====================
Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-978-411-659-0
Tarikh Terbit: 14 Sep 2015
Jumlah Muka Surat : 120
Berat (kg) :0.19
====================

Sinopsis

Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian, sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan, sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan.



Sebaik sahaja aku masuk ke bilik itu, kelihatan dari jauh tiga orang doktor di katil Maryam. Aku segera mendekati, dan hancur luluh hatiku. Muka maryam sudah berubah, tersangat lain. Berlaku pendarahan sangat banyak. Darah keluar dari mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada.

Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar. "Maryam, Mama datang, sayang...."

Isi Kandungan

>  Penantian 29 Minggu

>  Maryam Farihah Anak Syurga

>  Allah Pinjamkan Maryam 14 Hari

>  Detik-detik Indah bersama Maryam Farihah

>  Perkongsian daripada Aku yang Lemah

>  Daripada Hati Baba Maryam

>  Seribu Satu Hikmah

1. http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1256:anak-syurga-kita-serahkan-maryam-pada-allah&catid=1:berita-pusat&Itemid=9
2. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/28/viral-anak-syurga/
3. http://www.astroawani.com/gaya-hidup/kisah-anak-syurga-jadi-perhatian-di-laman-sosial-60717

Pakej Anakku Cerdik

PAKEJ ANAKKU CERDIK (SET A). Item:
Bantal Hijaiyah/Abc Size A4 (pilih)
ABC Board Book (Hard cover) Size 10.5 x 1.5 x 9cm
Alphabet dan Number Wooden Puzzle Size 15x3x14cm
Small Building Block (66pcs)
First 100 word (hard cover) 13x2x16cm
Free Chalk Board 23x30cm bernilai RM8.90

PAKEJ ANAKKU CERDIK (SET B). Item:
Bantal Hijaiyah/Abc Size A4 (pilih)
Colourful Funball
2 in 1 Magnetic Board (Farm)
Small Building Block (66pcs)
Free Chalk Board

PAKEJ ANAKKU CERDIK (SET C). Item:
Bantal Hijaiyah/Abc Size A4 (pilih)
Matching Letter
Black Sticker (45x200cm)
Literacy Fun Games
Free Chalk Board



Pakej Anakku Pintar

Berikut adalah permainan yang boleh membantu meningkatkan kepintaran anak anda. Ia disediakan dalam bentuk pakej supaya anda dapat menikmati harga yang lebih jimat.