Thursday, April 29, 2021

Cara Membersihkan Kain Mikro fiber (Norwex)



Berikut adalah sedikit panduan bagaimana mahu membasuh kain mikrofiber (terutamanya Norwex)

1. Usahakan untuk basuh setiap kali selesai guna. Jangan biar bertepek dua tahun baru nak cuci 🤭🤭🤭

2. Boleh jika nak basuh banyak-banyak sekali basuh asal semuanya mikrofiber. Jangan campur dengan kain jenis lain. Alah...dia macam korang lah, bukan nak kalau bermadu #eh!

3. Jangan guna peluntur. Rosak kain tu kang..

4. Disebabkan tak boleh guna peluntur, kenalah pilih detergent yang sesuai. Kalau belum tahu, di pasaran ada banyak sabun yang siap dengan peluntur di dalamnya. 

5. Jangan guna air panas mendidih, air suam je tak apa... 

6. Jangan guna pelembut fabrik. Pelembut fabrik ni ada bahan yang bakal menghalang kain tu dari menyerap dengan handal. 

7. Bilas banyak kali sampai puas hati. Biar sabunnya hilang, usahakan kotoran yang terlekat juga hilang. 

8. Jangan masukkan dalam dryer

9. Jangan pula di-iron kain tu. Samalah jangan guna kain Norwex korang untuk angkat periuk panas. Mungkin ia diperbuat dari plastik recycle. Melecur dia nanti, awak juga yang nangis di tepi singki...

Oh ya, saya nak share dengan kalian individu ni. 

Aurikatariina Queen of Cleaning katanya hehe.. 

Kebetulan dia share yang dia banyak guna microfiber untuk mencuci dan perhatikan betapa senang keje dia dibuatnya kan?

So, jom lah beralih guna Norwex juga. Serius habaq, kalau beli sehelai je buat lap meja lepas makan, untuk tujuan tu saja dulu...korang akan rasa puas hati gila. Nanti berjangkitlah untuk kegunaan lain pula. Tengoklah nanti... Hehe... 

Nak sembang pasal Norwex, sini mari! 

www.wasap.my/60199515058

No comments: