Wednesday, August 25, 2010

Point @ Sitisifir

Bismillah,

Mulai dari hari ini (25 Ogos 2010) semua yang berikut akan mendapat point

  • Menjadi follower - 1 point (bukan susah ma...tekan butang follower sajork)
  • Penyertaan contest - 1 point untuk 1 penyertaan 
  • Belian - 1 point untuk 1 belian barang eg : 5 pcs CD - 5 point (pembeli terdahulu - sila ungkit belian yang pernah anda buat dari saya untuk dapatkan point ni, jika tidak saya anggap anda tidak perlukan point ni, pembeli dari tarikh 25 Ogos 2010 saya akan update dari masa ke semasa)
  • Buat review tentang blog Sale @ Sitisifir ni - 5 point (please inform me on this link)
  • Buat review tentang blog Sale @ Sitisifir ni dan sticky selama paling koman 2 minggu - 15 point (please inform me on this link jugak) 
Maaf, saya tidak terima link ke sini sebagai point sbb senang sangat seseorang nak padam link selepas contest habis. 

1 point nilainya adalah RM 0.10
Murah?? Memang murah kawan.... sebab barang2 yang ada dalam Sale @ Sitisifir ni pun bukanlah mahal sangat. Alasan tidak mahal adalah - saya amik untung yang biasa2 aje (takkan la tak amik untung dah namanya bisnes kan??)

Point tidak boleh ditukarkan dengan cash - muktamad 
Anda hanya boleh redeem sahaja dengan belian. So, kalau nak barang free, sila la buat banyak2 seperti cara di atas. Selepas ni saya akan come out dengan contest2 yang memberi manfaat insya ALLAH tidak kepada hanya peserta tetapi kepada pembaca blog anda. 

Contoh redeem point
Puan ABC beli telekung dengan harga RM 20 dan cas posnya adalah RM 4.50. Dia ada 35 point dan ini menunjukkan nilai point yang dia ada berjumlah RM 3.50. Jadi jumlah yang perlu dia bayar adalah :

RM 20 + RM 4.50 - RM 3.50 = RM 21.50

Nama & Point (Saya akan tolak jika telah redeem)
Point untuk penyertaan contest telah diupdate. Kini proses pengadilan sedang berlangsung...kepada pemilik nama di atas jika anda mahu mengubah link anda di atas, sila maklumkan kepada saya ok?? 

5 comments:

Mama Zharfan said...

bagus sistem point ni :)
nanti bila ada masa, me buat review yer :)

Pija Madzlan said...

OK, suzi :) tenkiu

Xana Razak said...

kak pija,
sy pnah beli 5 cd ngan akak

Ummi Danish said...

wow....sangat creative........

mcm ni, mesti ramai review blog + boleh jadi tarikan kat online buyer... syabas...

Unknown said...

kalo kakyong punya point camana? hehehee.... ;)